KHURAFAT
MAKSUD
Kepercayaan dan perbuatan karut yang
dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya
bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.
Khurafat berasal dari perkataan bahasa
arab: al-khurafat yang bererti dongeng, legenda, kisah, cerita bohong, dugaan,
kepercayaan dan keyakinan yang tidak masuk akal, atau akidah yang tidak benar.,
menceritakan hal-hal yang tidak masuk akal di atas umumnya menarik dan
mempesonakan, maka khurafat juga disebut dalam “al-hadis al-mustamlah min
al-kidb”, cerita bohong atau karut yang menarik dan mempesonakan.
Secara istilah pula, khurafat adalah
suatu kepercayaan, keyakinan, pandangan dan ajaran yang sesungguhnya tidak
memiliki dasar dari agama tetapi meraka yang cenderung untuk melakukan
perbuatan karut atau khurafat meyakini bahwa hal tersebut memiliki dasar dari
agama. Oleh yang demikian, bagi umat Islam, ajaran atau pandangan, kepercayaan
dan keyakinan apa saja yang dipastikan tidak benar atau ia sememangnya
bertentangan dengan ajaran al-Qur’an dan Hadis nabi, yang dikategorikan sebagai
khurafat.
Selain itu, kata lain bagi Khurafat
secara bahasa berarti takhayul. Dalam kamus munawir khurafat ialah hal yang
berkenaan dengan kepercayaan yang tidak masuk akal (batil). Pengertian khurafat
dalam Islam pua ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan,
ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau
kepercayaan yang menyimpang atau bertentangan dengan ajaran Islam .
Berdasarkan pengertian di atas,
khurafat ialah cerita dan perbuatan yang direka-reka dan bersifat dusta. Begitu
juga dengan pemikiran yang direka-reka merupakan salah satu bentuk khurafat.
Antara contoh perbuatan khurafat ialah
:
· Menanam sebatang pokok pisang di
halaman atau rumah yang baru selesai dibina dianggap dapat membawa sial pada
penghuni rumah itu.
· Jika bunga ditanam ditempat berdaun
lebat dianggap dapat memiliki banyak rezeki.
· Jika sebatang pokok beringin yang
ditanam di halaman istana tumbang, hal ini pertanda akan terjadi penggulingan
pimpinan negara.
· Jika bunga teratai berkembang, hal ini
pertanda bahwa dewa-dewa turun memberkatinya. Orang India mempersembahkan bunga
teratai putih untuk Dewa Syiwa, bunga teratai merah untuk Dewa Brahma, dan
bunga teratai biru untuk Wishnu
PUNCA DAN AKIBAT DARIPADA PENGHASILAN FILEM
YANG BERUNSUR KHURAFAT
Punca:
Akidah seseorang yang rosak seperti
pergantungan seseorang terhadap sesuatu yang lain selain daripada Allah. Dalam
Islam Allah memerintahkan manusia untuk mentauhidkan Allah semata-mata.Ini
bermakna tiada yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t dalam apa jua
keadaan. Permohonan kepada sesuatu selain Allah bermakna kita telah
menyekutukan Allah yang mengakibatkan kita tergolong dalam fitnah paling besar
dan amat ditakuti iaitu mensyirikkan Allah.
Selain itu, pengetahuan luar biasa
bomoh dalam hal-hal berkaitan perkara ghaib telah menyebabkan mereka terlalu
yakin dengan pengetahuan dan kelebihan yang mereka ada sehingga mengakibatkan
masyarakat terperdaya dan meminta pertolongan daripada golongan ini. Sebagai
seorang Islam kita wajib meyakini bahwa tiada yang mengetahui perkara ghaib
kecuali Allah s.w.t
Rasulullah s.a.w sendiri tidak memiliki
kuasa untuk mendatangkan kemanfaatan kepada dirinya serta tidak berkuasa untuk
menolak bahaya kecuali yang dikehendaki Allah s.w.t. jadi bagaimana manusia
biasa memiliki kelebihan sedemikian wal hal Rasulullah yang bersifat maksum
tidak dikurniakan Allah dengan kelebihan itu?
Punca lain ialah, wujudnya perasaan
terlalu takut terhadap hantu,jin dan syaitan sehinggakan sanggup memberi salam
dan tunduk hormat kepada penunggu setiap kali melalui tempat yang dianggap
mempunyai keramat. Ada pula yang memberi pengeras malah memandikan kereta
dengan air limau dan jampi mantera semata-mata untuk mengelakkan bala bencana.
Sebagai seorang Islam, sewajibnya kita
mendapatkan perlindungan dan berserah diri kepada Allah. Syaitan, binatang buas
serta manusia tidak dapat mendatangkan manfaat atau menimpakan mudarat melainkan dengan izin Allah.
Akibat:
Terdapat beberapa unsur-unsur yang
negatif yang mampu diserap kepada para penonton. Lebih-lebih lagi golongan di
peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah
terpengaruh kerana masih berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif
filem berunsur hantu dan seram ini adalah boleh merosakkan akidah umat Islam,
menimbulkan syirik dan unsur kurafat dalam diri penonton, melemahkan iman
seseorang dan memesongkan seseorang dari ajaran Islam.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana
ramai penonton yang meminati filem berunsur hantu dan seram ini terdiri
daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada
pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak
sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi
muda dan kanak-kanak terutamanya. Ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh
dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu
yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada penonton. Perasaan
takut mereka itu dibimbangi adalah lebih kepada hantu-hantu rekaan tersebut
melebihi kepada Allah s.w.t. Lakonan yang sangat berkesan daripada para pelakon
pula telah menambahkan kakuatan terhadap kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik. Kekuatan kepercayaan terhadap hantu ini juga
akan melemahkan iman dan memesongkan kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
Dalam hal ini, ketaksuban penonton
terhadap hantu akan menyebabkan mereka terbawa-bawa ke dalam kehidupan
seharian. Misalnya, dibayangi hantu ketika berseorangan atau ditempat gelap,
kanak-kanak pula takut untuk ke tandas kerana rasa ada hantu yang mengekori.
Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan berlarutan dan perlu ditangani
segera.Kajian dilakukan berkaitan kesan dan pengaruh filem hantu terhadap
penonton; menyenaraikan kesan antaranya tidak nyenyak tidur akibat diburu
bayangan filem ngeri, perasaan takut hingga hilang daya kawal terhadap diri dan
perasaan fobia melihat benda dikait dengan filem ditonton. Malah fobia terhadap
kegelapan, binatang, bunyi atau keadaan yang terlalu sunyi menyebabkan perasaan
takut berpanjangan.
Firman Allah Taala dalam Al-Quran,
يا بني آدم لا يفتننكم الشيطانكما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما سوآتهما إنه يراكم هو وقبيله من حيث لا ترونهم إنا جعلنا الشياطين أولياء للذين لا يؤمنون
“Wahai anak Adam! Janganlah engkau
diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapamu dari
syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian merka berdua untuk
memperlihatkan aurat merka kepada mereka (yang sebelum itu tertutup) Sesungguhnya syaitan dan
kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat
mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi
orang yang tidak beriman”
Di sini dapat disimpulkan bahawa
terdapat banyak punca dan akibat yang diperolehi daripada filem yang berunsur
khurafat terutama perfileman di Malaysia ini. Semakin hari semakin meningkat
permintaan dalam penghasilan filem yang berunsurkan khurafat ini, oleh itu,
perkara ini perlulah dipandang berat oleh pihak berkuasa, masyarakat dan setiap
individu terutamanya yang beragama Islam. Hal ini demikian kerana perfileman
yang berunsur khurafat ini perlu dikawal dan ditapis bagi memastikan
keselamatan dan imej umat Islam terjamin.
Perbicangan Unsur-unsur Khurafat dalam
filem “Munafik”.
Sebagaimana yang kita ketahui di
Malaysia terdapat banyak penghasilan dan keluaran filem yang berunsurkan seram.
Hal yang demikian kerana masyarakat masa ini lebih menyukai filem-filem
berunsurkan seram dan perkara ini menyebabkan permintaan filem berunsurkan
seram ini semakin meningkat dari hari ke hari. Oleh sebab itu, wujudlah
penghasilan filem-filem yang mengandungi unsur khurafat.
Filem yang kami pilih untuk kajian
Unsur-unsur Khurafat dalam Filem ialah “Munafik”. Jika dirujuk dari tajunya
mungkin tidak lihat dimana terletaknya unsur-unsur khurafat dalam kajian ini.
Namun, setelah kami bertiga menonton file mini terdapat beberapa jalan cerita
yang mengandungi unsur-unsur khurafat.
Filem Munafik ini mengisahkan
seorang pengamal perubatan secara Islam yang bergelar Ustaz Adam, beliau
mengharungi hidupnya selepas terlibat dalam sebuah kemalangan langgar lari yang
telah menyebabkan kematian arwah isterinya Zulaikha dan anaknya Amir. Kisah
hidup Ustaz Adam mula berubah apabila beliau menerima seorang pesakit wanita
yang bernama Maria.
Maria merupakan seorang anak
tunggal kepada salah seorang pengamal perubatan Islam yang Pak Osman. Maria
juga mempunyai seorang ibu tiri bergelar Puan Zati. Maria telah menghidapi
penyakit trauma dan gangguan emosi apabila terlibat dalam kemalangan yang
dirancang oleh ayahnya sendiri Pak Osman.
Unsur-unsur khurafat mula timbul
apabila Maria menemui sebuah kotak yang berisi tangkal di rumahnya. Tangkal itu
merupakan milik Puan Zati yang mempercayai tangkal tersebut berfungsi sebagai
perlindung kepada keluarganya. Namun, setelah kehadiran Ustaz Adam ke rumah
mereka, beliau telah berjaya memusnahkan keujudan tangkal tersebut. Ustaz Adan
juga telah memberi peringatan tentang keburukan penggunaan tangkal kepada Puan
Zati yang telah melakukan perbuatan khurafat itu.
Seterusnya, unsur-unsur khurafat
dapat dilihat daripada lakonan Pak Osman yang merupakan pengamal perubatan
secara Islam pada awalnya telah mengamalkan ilmu hitam melalui perjanjian
bersama Iblis iaitu merupakan salah satu kepercayaan khurafat yang sangat
dilaknati Allah. Pak Osman terlibat dengan pengamalan perubatan ini apabila
beliau menyimpan perasaan iri hati terhadap Ustaz Adam. Beliau sanggup
mempergunakan anaknya Maria untuk membunuh Ustaz Adam. Perkara menjadi lebih
teruk apabila Pak Osman telah meghantar santau kepada anaknya Maria. Hal yang
demikian telah membuka jalan yang luas untuk beliau membunuh Ustaz Adam. Akibat
daripada sikap mementingkan diri, Pak Osman telah mengakibatkan isteri dan anak
Ustaz Adam serta sahabat baiknya yang merupakan imam di kampung tersebut maut
dalam dua buah kemalangan. Pak Osman juga telah mengakibatkan anaknya Maria
meninggal dunia. Perkara ini berpunca daripada hasutan syaitan kepada Pak
Osman. Bagaimanapun, segala kejahatan Pak Osman berjaya ditindas dan dihapuskan
oleh kuasa Allah s.w.t yang memberi perlindungan kepada Ustaz Adam.
Secara konklusinya, terdapat
beberapa impak positif dan negative dalam filem Munafik ini. Impak positif yang
boleh diambil adalah daripada lakonan Ustaz Adam yang sentiasa percaya dan
yakin dengan kuasa Tuhan terhadap manusia. Di samping itu, beliau juga seorang
yang prihatin terhadap masyarakat dan sentiasa berusaha untuk menghapuskan
amalam khurafat dalam kalangan masyarakat di kampungnya. Manakala impak negatif
yang perlu dihindari dan dielakkan ialah lakonan Pak Osman. Pak Osman ialah
seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dan merupakan pengamal perubatan
secara Islam yang baik. Namun begitu akibat daripada perasaan iri hati yang
mendalam menyebabkan beliau bersikap zalim terhadap Ustaz Adam sekeluarga,
sahabatnya dan anaknya Maria. Oleh yang demikian, sebagai seorang yang beragama
islam kita perlulah entiasa percaya dan taat kepada perintah Allah. Serta
menghindari amalan khurafat yang sangat dilarang dan dilaknati Allah.
CARA PENYELESAIAN DAN PENGAWALAN FILEM
YANG BERUNSURKAN KHURAFAT
Sepertimana yang kita ketahui
terdapat banyak nilai dan impak yang negatif dalam penghasilan filem yang
berunsurkan khurafat. Perkara ini terjadi berpunca daripada sikap sesetengah
para pengarah filem yang tidak mengambil prihatin akan penghasilan filem yg
dikeluarkan. Kebanyakan filem yang dihasilkan ini mempunyai unsur-unsur
khurafat yang berlebihan sehingga boleh memberi pengaruh negatif kepada
masyarakat di Malaysia. Oleh hal yang demikian, pelbagai tindakan penyelesaian
dan pengawalan perlulah diambil bagi memastikan pengaruh negatif ini terus
berlarutan dan berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Tindakan utama yang perlu dilakukan
ialah tindakan daripada pihak atasan yang memantau dan pengawalan penghasilan
perfileman di Malaysia. Pihak utama yang perlu bertindak ialah Suruhanjaya
Multimedia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Pihak berkuasa
ini haruslah sentiasa memastikan penghasilan filem-filem di Malaysia ini
menepati piawaan yang ditetapkan dalam akta yang telah disabitkan. Filem yang
dihasilkan juga perlulah ditapis dan diuji selidik terlebih dahulu secara lebih
jelas oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). FINAS juga
hendaklah mendokumentasi, menyimpan, memelihara dan memulihara bahan kandungan
audio visual filem yang dihasilkan secara berkesan. Hal yang demikian kerana
bagi memastikan filem yang dihasilkan dan dikeluarkan tidaklah memberi impak
yang negatif kepada masyarakat dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Di samping itu, para penerbit dan
pengarah filem juga perlulah sentiasa mematuhi garis panduan yang telah
ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa dalam penghasilan filem. Antara garis
panduan yang telah diwujudkan dan perlu dipatuhi ialah “Garis Panduan Penapisan
Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam” pada tahun 1996 dan “Garis Panduan –
Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang
Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah” yang telah
diwujudkan pada 21 November 2005, kedua-dua garis panduan ini telah yang
diterbitkan oleh JAKIM dalam usaha membenteras kebendungan gejala tahyul dan
khurafat dalam media elektronik. Filem yang dihasilkan juga perlulah sesuai
mengikut peringkat umur dan peringkat kesihatan masyarakat untuk ditayangkan.
Penerbit perlu menekankan larangan kepada para penonton tentang syarat-syarat
tontonan filem seperti larangan bagi para ibu yang mengandung dan anak-anak
kecil untuk tontonan filem seram. Perkara ini harus ditegaskan kerana setiap
tontonan filem itu memberi impak dan kesan yang mendalam terhadap para
penonton.
Selain itu, anggota masyarakaat
terutamanya ibu bapa haruslah sentiasa prihatin dan bersikap tegas dalam
memantau tontonan anak-anak mereka. Ibu bapa perlulah sentiasa tegas dalam
perhatian mereka, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kelonggaran
kepada anak-anak mereka untuk menonton filem-filem seram. Hal demikian kerana
apabila anak-anak yang kecil dibiarkan menonton filem seram akan memberi kesan
yang mendalam kepada mereka. Mereka mungkin akan berasa takut untuk berada
dalam kawasan gelap dan berfikiran yang tidak enak terhadap persekitaran
sehingga menyebabkan mereka menerima ganguan emosi. Sebagai ibu bapa juga
hendaklah sentiasa memberi perhatian dan didikan agama yang secukupnya kepada
anak-anak. Anak-anak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapanya,
jika dicorak dengan baik maka baiklah hasilnya, jika salah coraknya maka
buruklah hasilnya. Hal yang demikian kerana apabila anak-anak diberikan didikan
agama yang cukup maka mereka tidak akan mudah terpedaya dengan unsur-unsur
negatif yang memudaratkan daripada tayangan filem seram yang mereka tontoni.
Seterusnya, sebagai seorang umat
Islam yang mempunyai pegangan agama yang baik hendaklah sentiasa tegas dan
tidak memandang remeh dalam penghasilan filem khurafat ini. Mereka perlulah
memastikan tayangan filem yang mereka tontoni bebas daripada unsur-unsur
khurafat yang boleh mempengaruhi minda. Jika terdapat sebarang unsur-unsur yang
berlebihan dalam filem yang ditayangkan, mereka seharunya membuat aduan kepada
pihak berkuasa seperti FINAS bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras
dengan segera.
Natijahnya, semua pihak perlulah
saling berganding bahu dan bekerjasama dalam penyelesaian dan pengawalan filem
yang berunsurkan khurafat. Pihak-pihak yang berwajib seperti Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlulah sentiasa melakukan pemantauan dan
mengetatkan peraturan dalam bidang perfileman Negara ini supaya unsur-unsur khurafat
ini dapat dibendung dan diatasi dengan sebaiknya. Manakala, masyarakat juga
perlulah prihatin dan memandang tegas dalam penghasilan filem yang berunsur
khurafat ini. Jika terdapat sebarang unsur-unsur yang berlebihan dalam filem
yang ditayangkan, masyarakat perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa. Hal ini
demikian kerana unsur-unsur khurafat ini boleh memberi impak yang buruk kepada
masyarakat sekeliling.
KESIMPULAN
Secara rumusannya, kami telah peroleh
pelbagai pengajaran dan pengetahuan yang baik daripada kajian ini. Antara
pengajaran yang kami peroleh ialah sebagai umat Islam, kita diwajibkan
bertawakal dan hanya bergantung kepada Allah selepas berusaha
bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekara yang dihajati. Terutama sekali dalam melakukan
tugas-tugas harian sebagai khalifah di bumi ini. Sebagai contoh, pengajaran
yang kami dapat daripada perwatakan Ustaz Adam dalam filem Munafik. Beliau
sentiasa bertawakal kepada Allah sama ada berada dalam keadaan susah mahupun
senang.
Di samping itu, kita hendaklah percaya
bahawa meminta bantuan kepada makhluk lain selain Allah seperti jin dan syaitan
akan memberikan kesan yang memudaratkan dan bukannya memperoleh manfaat dari
apa yang diminta. Hal ini kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah
malah tindakan ini akan mengakibatkan pemikiran umat islam terbelenggu dalam
akidah sesat. Contohnya, melalui perjanjian syaitan dan iblis dalam lakonan Pak
Osman, beliau telah menggunakan ilmu hitam untuk memuaskan hatinya terhadap
Ustaz Adam.
Tambahan pula, sebagai seorang anggota
masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran, kita perlulah sentiasa tegas
dalam membanteras dan membendung masalah yang berkaitan pengamalan unsur-unsur
khurafat dalam kalangan masyarakat. Segala kegiatan khurafat yang berlebihan
dalam industri perfileman perlulah dielakkan dan dihapuskan. Mungkin perkara
ini tidaklah memberi impak yang besar dalam keseluruhan masyarakat tetapi jika
dibiarkan lama ianya pasti memberi kesan buruk kepada keseluruhannya. Firman
Allah dalan surah Yunus ayat 106, “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja
yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan
juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan
yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim”. Maka dengan
itu seharusnya kita lebih berwaspada dalam penghasilan filem yang berunsur
khurafat tanpa tapisan dari pihak berkuasa akan tersebar meluas dalam
negara.
Akhir sekali, kita haruslah berpegang
teguh dengan ajaran agama Islam dan juga sentiasa memahami dan mendalami ilmu
Al-Quran dan Sunnah bagi mengelakkan amalan khurafat ini terus berleluasa dalam
kalangan masyarakat khusunya masyarakat Islam kita sendiri. Sebagai khalifah di
bumi, kita juga sentiasa dituntut untuk sentiasa taat segala perintah dan
meninggalkan segala-Nya, apatah lagi jika perbuatan kita itu berunsurkan
khurafat.
No comments:
Post a Comment