PERKAUMAN

PENDAHULUAN
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk.

Islam merupakan agama yang bersifat universal(‘alamiyyah). Agama islam diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia dengan tidak membeza-beza kan warna kulit.Islam tidak bersikap takksub malah mengajurkan masyarakat islam dan bukan islam tinggal bersama dengan aman dan damai.

Menurut Islam,keamanan negara berkait rapat dengan perpaduan ummah. Rakyat yang tidak bersatu padu dan tidak menjaga kemakmuran negara akan menyebabkan seseuah kerajaan itu runtuh. Jadi,untuk membina satu negara yang aman dan bersatu padu, semua individu perlulah bertnggungjawab menjaga kesejahteraan dan kemakmuran negara.Perbezaan pendapat tidak boleh menyebabkan seseoang itu membelakangi tanggungjawabnya menjaga keselamatan dan kemakmuran negara.

Islam menggariskan dua perkara yang berikut demi untuk kebaikkan negara :
1.       Mengadakan usaha untuk mengukuhkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
2.       Mengelakkan sebarang perkara atau tindakkan yang boleh menjejaskan keselamatan
          dan kesejahteraan negara.

Kesan-kesan Tercetusnya Rusuhan Etnik.

Kesan Sosial

Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka masa yang masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969,dan ini akan membawa keancaman kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi.

Kesan Ekonomi

Ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan Negara mengalami kerugian atau defisit dimana perbelanjaan melebihi pendapatan. Antara sebabnya, apabila berlaku rusuhan kaum , kerajaan terpaksa membelanjakan banyak duit untuk mengamankan Negara dan pada masa yang sama pendapatan Negara akan berkurang disebabkan ekonomi terbantut. Selain daripada itu, pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia juga akan membatalkan hasrat mereka. Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk dimana apabila berlakunya ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan meninggalkan Negara Malaysia untuk mencari tempat yang lebih selamat dan ini akan mengakibatkan duit ringgit Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia. 

Kesan kepada Integriti dan Imej Negara

Seperti yang telah dicatatkan dalam sejarah Malaysia Tunku Abdul Rahman ,Tun V.T Sambanthan dan ahli politik kaum yang lain mendapatkan kebebasan Negara dengan membuktikan kepada kerajaan British yang rakyat di Tanah Melayu mampu bersatu padu di bawah satu pentadbiran maka atas sebab inilah kita diberi kemerdekaan dan atas sebab itu jugalah Negara kita dipandang tinggi kerana mampu bergerak walaupun rakyatnya terdiri daripada banyak kaum.Jikalau rusuhan kaum berlaku lagi, ini akan mencemarkan nama baik Negara dimana ia akan jelas menunjukkan Negara gagal dalam menyatupadukan penduduknya malah keadaan menjadi semakin teruk. Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti Negara sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan mengamalkan prinsip demokrasi.

KESIMPULAN :


Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa perpaduan merupakan pemangkin utamakepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh,keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasamadaripada semua kaum untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduandan iktibar bagi kita untuk terus maju ke mercu kejayaan.Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapatyang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusanyang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahapperpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secarakesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untukmemantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilahdilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.

No comments:

Post a Comment