Pendahuluan
Kesantunan Bahasa merujuk penggunaan
bahas yang soan, beradab, lemah lembut serta tidak menyinggung peasaan
pendangar. Menurut Asmah (2005), bentuk tutur Bahasa yang santun akan
mewujudkan ikatan perhubungan social antara manusia seta menimbulkan proses
komunikasi yang berkesan. Justeru, kesantunan Bahasa yang dituurkan oleh setiap
penutur boleh mengelakkan berlakunya salah faham yang boleh menyebabkan
berlakunya ketegangan.
Konsep kesantunan Bahasa:
1.
Qaulan Sadida (Surah al-nisa’4;9) iaitu medium berbahasa yang digunakan
mestilah jujur dan benar pengisiannya.
2.
Qaulan Ma’rufa (Surah al nisa’4;8) menyarankan agar manusia dapat
berkomunikasi dengan bahasa yang tidak menyentuh jiwa dan perasaan khalayak.
3.
Qaulan Baligha (Surah al niSA 4;63) maklumat yang disebarkan kepada masyarakat
hendaklah mampu meninggalkan kesan kepada jiwa.
4.
Qaulan Maisura (Surah al isra’ 18;28) para pendakwh diperingatkan bahawa
makluma yang disebarkan mestilah mampu difahami dan sesuai dengan kemampuan.
5.
Qaulan Karima (surah al isra’ 17;23) Bahasa dan perkataan yang
diungkapkan mestilah mempumyai nilai yang baik dan mulia.
Teknik Kesantunan Bahasa
Kajian yang dibuat menggariskan
beberapa teknik ungkapan Rabbani. Antaranya:
1.
Teknik Doa
Memulakan komunikasi dengan ucapan
“bismillah” atau “al fatihah”. Ungkapan ini merupakan doa yang bermaksud
memohon kebaikan dan perlindungan daripada Allah SWT.
2.
Teknik Bersyukur
Ungkapan “Alhamdulillah” melambangkan
kesyukuran kepada Allah SWT. Ungkapan yang bermula dengan nama Allah menunjukkan
penutur mengakui setiap kebaikan yang diteima adalah daripadanya.
3.
Teknik Salam
Memberikan ucapan salam sebelum
berbicara atau berunding sesuatu boleh dianggap sebagai salah satu cara untuk
bertegur sapa. Selain itu, percakapan yang lemah lembut mencerminkan perilaku
dan kesantunan seseorang.
4.
Teknik insya-Allah
Perkataan insya-Allah merujuk ungkapan
yang bermaksud, dengan izin Allah SWt. Menjadi kelaziman bagi mereka yang
berkomunikasi akan menggunakan perkataan ini sebagai persetujuan atau ungkapan
janji dalam urusan yang akan dating.
5.
Teknik Tawakal
Penutur yang menggunakan teknik ini
mempamerkan sikap rendah diri kepada Allah SWT terhadap sesuatu yang baik atau
buruk yang ditentukan oleh Allah SWT.
Kesan kesan kesantunan Bahasa serta
aspek-aspeknya:
Kesimpulan
Apa yang kita faham melalui Kesantunan
Bahasa ini, kita mampu mempertingkatkan budi pekerti diri dalam keluarga dan
juga masyarakat bermula dengan kata panggilan yang baik. Jadi, persefahaman
dapat ditinggkatkan lagi serta mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka.
Mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi kita akan digolongkan
dalam ahli masyarakat yang bermoral dan menonjolkan lagi peribadi bangsa yang
lemah lembut dan tinngi peradaban.
No comments:
Post a Comment