PENDAHULUAN
Allah s.w.t mencipta manusia lelaki dan
perempuan. Ia juga mencipta Syariat untuk mereka. Dalam Syariat Islam ada
sesetengah hukum atau peraturan berbeza di antara lelaki dan perempuan dan ada
yang tidak berbeza. Dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing kadangkala
berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi dalam
masyarakat kini. Penulisan ini cuba melihat sejauhmana batas-batas pergaulan
yang dilarang dan dibolehkan dalam Syariat Islam.
PENGERTIAN PERGAULAN
Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan
ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan” yang bererti
bercampur.
Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam
perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan
ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk
pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia
berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya
terdiri dari dua orang sahaja.
HUKUM PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN
PEREMPUAN
Hukum asal pergaulan antara lelaki dan
perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini
tidak didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiadanas sarih mengenai kes ini.
Pengharamannya hanya diasaskan kepada hukum lain ynag pada asalnya dikhususkan
bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan
antara lelaki dan perempuan ajnabi. Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah;
larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaaah di masjid bagi
wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita dan hukum solat jumaat bagi wanita.
Liqa’ itu memenuhi adab- adab Islam
seperti mana yang digariskan oleh syarak. Hal ini dapat dilihat melalui ayat-
ayat yang terdapat dalam Al- Quran, kitab suci umat Islam sepanjang zaman :
- Menjaga pandangan (Nur: 30- 31)
- Memakai pakaian yang menutup aurat
(Nur: 31)
- Dalam adab bercakap, kita disuruh
untuk menjauhi nada menggoda (Ahzab: 32)
- Adab berjalan, tertib dan sopan (Nur:
31)
- Adab bila melakukan gerakan adalah
dengan menjauhi gerakan yang seksi, manja dan ghairah
- Jauhi daripada menggunakan sebarang
unsure yang menggoda seperti make- up dan wangi- wangian yang bermotifkan dan
berniat menggoda
- Jauhi bersunyi- sunyian tanpa ada
muhrim
BATAS DAN ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM :
1. Menundukkan pandangan
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk
menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki
yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan
kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;Dan katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat
ALLAH berfirman : ..dan jangan lah
mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:
Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.(Al-Ahzab : 59)
Yang demikian itu supaya mereka lebih
mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku
bagi semua jenis.
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a.
berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat
lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan
wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap
kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.
Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para
wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki
Dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya
mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan
(khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari &
Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata;
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan
seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad
& Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)
Seorang wanita dilarang melunakkan
ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai
isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang
menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah
beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW
serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara
dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir
Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan
Jenis
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata;
Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik
daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat
Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah;
Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh
wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh
wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari
Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan
wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan
lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya
atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi
s.a.w. bersabda : “Telah ditetapkan bagi setiap anak Adam bahagian dosa
daripada zina yang pasti akan ditemuinya. Kedua mata dosanya melihat, kedua
telinga dosanya mendengar, lidah dosanya membicarakannya, kedua tangan dosanya
memegang, kedua kaki dosanya melangkah, dan hati dosanya membayangkan atau
mengangan-angankan. Semua itu akan dinyatakan atau tidak oleh kemaluannya.”
(Riwayat Muslim)
*Al-Bukhari juga meriwayatkan hadis ini
secara ringkas.
Padahal ALLAH SWT telah melarang
perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina.
Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina
itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
KESAN-KESAN BURUK YANG TIMBUL DARIPADA
PERGAULAN BEBAS :
Merosakkan jiwa dan akhlak.
- seseorang yang bekelakuan buruk
ketika bergaul akan menyebabkan hati menjadi hitam dengan dosa-dosa yang
ditanggungnya.
Merosakkan maruah diri,masyarakat dan negara.
- Kemungkaran akan merosakkan maruah
diri seseorang.Tanpa maruah, seseorang itu tidak akan dihormati dan hilang
harga dirinya,Masyarakat dan Negara juga akan menerima kesan daripada pergaulan
bebas ini.
3.
Menyuburkan perzinaan.
- Menjadi punca kepada perbuata zina
dalam kalangan manusia.
4.
Membawa kepada kemurkaan Allah S.W.T
- Orang-orang yang melanggar perintah
Allah S.W.T akan mendapat kemurkaan-Nya.mereka akan berasa tidak tenteram dan
hilang ketenangan jiwa akibat dosa-dosanya.
KESIMPULAN :
Kesimpulannya, seperti yang kita lihat
pergaulan bebas ini memberikan impak yang negatif berbanding positif dalam
kehidupan individu, masyarakat dan negara. Individu tersebut akan terjerumus ke
arah penzinaan, masyarakat pula terpaksa menahan malu melihat kedangkalan
individu ini dalam menyelesaikan masalah mereka seperti membuang bayi dan
negara pula terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk peruntukan untuk membina
tempat perlindungan bagi remaja perempuan yang mengandung anak luar nikah dan
bayi yang dibuang. Semua ini tanpa kita sedari, hanya satu aktiviti, ia
melibatkan seluruh pihak di sesebuah negara. pergaulan bebas tidak akan terjadi
jikalau semua pihak membanting tulang mencegah aktiviti ini daripada berleluasa
dan tiada sifat pentingkan diri dalam diri mereka. Kita haruslah mencegah
perkara ini daripada ia terus merosakan akhlak remaja kita dan janganlah kita
tunggu sehingga Allah S. W. T yang menurunkan bencananya.
No comments:
Post a Comment