PENYEBARAN FITNAH

PENDAHULUAN


Umumnya, fitnah bukanlah satu fenomena yang baru wujud dalam masyarakat kita, malah fitnah telah menjadi permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang. Pada zaman Rasulullah s.a.w, budaya fitnah ini telah menjadi satu perkara yang digemari oleh masyarakat munafiqun ketika itu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini. Malah, ada yang menjadikan golongan yang menabur fitnah ini sebagai ketua. Setiap kata-kata mereka mudah didengari dan dipercayai.

Pada zaman dahulu, fitnah disebarkan melalui lisan dan penulisan yakni surat. Proses menulis dan menghantar surat biasanya lambat. Akan tetapi, disebabkan hawa nafsu yang menguasai diri, setiap pemfitnah akan berusaha menyebarkan berita fitnah itu dengan cepat melalui pelbagai cara dan kaedah. Keadaan ini berbeza dengan zaman sekarang. Dengan kemajuan teknologi maklumat serta perkembangannya yang terlalu pesat, setiap berita, cerita, fitnah dan sebagainya dapat disebarkan dengan lebih mudah dan pantas. Malah ianya tersebar tanpa pengawasan daripada pihak yang berwajib.

Keupayaan seseorang dalam menyampaikan maklumat kepada pihak lain tidak dapat dikawal. Namun, ianya hanya dapat dikawal oleh individu itu sendiri. Kita tidak menafikan kebaikan teknologi maklumat dalam kehidupan kita seharian. Dengan kemajuan yang ada perkembangan teknologi dapat membantu dan memudahkan urusan harian seseorang. Sebagai contoh dalam urusan pembayaran bil, pembelian barangan keperluan, dan sebagainya. Ianya dapat dilakukan secara atas talian (online) dengan mengambil masa yang begitu singkat. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi ini juga memberi kesan yang negatif dalam kehidupan kita seharian. Fitnah dan berita palsu dapat disebarkan oleh sesiapa sahaja. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai anasir negatif seperti pergaduhan, perhubungan bebas dan sebagainya.

Oleh itu, masyarakat perlu sedar bahawa penggunaan teknologi dengan cara yang tidak betul akan mengundang pelbagai masalah. Ianya bukan hanya melibatkan masalah yang kecil-kecil sahaja malah, melibatkan hal-hal yang besar iaitu melibatkan soal negeri, negara, agama dan bangsa. Kita hanya melihat fitnah melalui media baharu ini sebagai satu masalah yang kecil namun, tahukah kita bahawa kesannya amatlah besar sekiranya ia tidak dikawal dan dibendung dengan betu oleh pihak yang berwajib.

 Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

CARA-CARA MENGHINDARI FITNAH

1.      Berhati-hati dalam memilih teman

Teman yang baik tidak akan membicarakan keburukan anda untuk sekedar menjadikannya sebagai bahan gosip. Teman yang baik merupakan teman yang tulus berbuat baik tidak hanya di depan namun juga di belakang anda. dalam memilih teman harus selektif terlebih jika anda merupakan tipe orang yang sering membicarakan hal pribadi dengan teman anda.

Perlu diingat untuk tidak memilih teman yang suka membicarakan keburukan orang lain di depan anda. Ketika anda memiliki teman yang seperti itu ada kemungkinan jika anda akan menjadi bahan gosip ketika teman anda tengah mengobrol dengan yang lain. Seorang teman yang baik adalah mereka yang selalu mengajak anda melakukan hal-hal yang positif. Anda tidak perlu ragu dan takut untuk meninggalkan teman yang mengajak pada keburukan.

2. Lebih banyak di rumah

Lebih banyak menggunakan waktu anda di rumah, dapat menghindarkan anda dari gosip- gosip yang tidak perlu. Semakin banyak anda keluar rumah dan ikut nimbrung ketika seseorang sedang bergosip, maka tinggal menunggu waktu saja hingga anda dijadikan target gosip yang berikutnya. Lebih banyak menggunakan waktu di rumah, tidak berarti tidak ada kerjaan yang dapat anda lakukan karena ada banyak sekali aktivitas yang dapat anda lakukan seperti membaca atau jenis kegiatan lainnya. Lebih banyak berada di rumah juga membantu anda untuk lebih dekat dengan keluarga serta menjauhkan anda dari fitnah.

3. Hindari menggosip


Berhenti untuk menggosipkan orang. Ketika anda menggosip, orang yang menjadi bahan gosipan terkadang tidak terima dan balik menggosipkan anda. Di dalam gosip sendiri terdapat begitu banyak fitnah yang tersebar. Singkatnya, bagi anda yang tidak ingin menjadi bahan gosip ataupun bahan fitnah tentu anda tidak boleh juga menfitnah orang. Tahan lidah anda untuk tidak membicarakan orang lain.

Gosip tidak hanya dapat terjadi secara lisan namun juga tulisan. Mengingat banyaknya media sosial yang ada, sebaiknya anda menahan diri untuk menggunakannya sebagai media menggosip dan memfitnah. Jauhkan diri dari banyaknya hal buruk yang berupa lisan maupun tulisan entah di dunia nyata maupun dunia maya. Dalam media online, sebaiknya anda dapat menjaga diri anda dengan baik.

Jangan memajang foto yang vulgar yang dapat menimbulkan fitnah setelahnya. Selain itu jangan pula menciptakan berita-berita buruk melalui tulisan yang dapat anda unggah dengan mudah disana. Anda juga dapat menghindarkan pikiran-pikiran anda dari hal buruk yang banyak diliput di layar televisi seperti berita-berita gosip.

4. Berperilaku baik

Langkah selanjutnya adalah dengan tidak membiarkan orang memiliki kesempatan untuk memfitnah anda. Hal ini dapat dilakukan dengan cara berperilaku baik dimanapun anda berada. Tidak hanya di dalam rumah, namun di luarpun anda harus berperilaku baik.

Perilaku baik membuat anda dicap sebagai orang yang baik dan pastinya tidak akan ada yang berusaha memfitnah anda. Sekalipun anda difitnah, akan banyak orang yang tidak percaya dan mengganggapnya sebagai angin lalu. Perilaku yang baik membuahkan hal yang baik pula seperti mendapatkan teman yang juga baik.

5. Langkahkan kaki pada tempat yang baik

Cara yang satu ini merupakan cara efektif bagi anda agar terhindar dari fitnah. Langkahkan kaki anda pada tempat-tempat yang baik saja. Beragam tempat yang membuat anda terkena bangak fitnah biasanya tempat-tempat yang tidak baik seperti klub malam, tempat nongkrong dan lain sebagainya. Jaga baik-baik diri anda supaya tidak melangkah pada tempat yang terdapat banyak maksiat dan banyak hal buruk di dalamnya.

6. Menimbulkan rasa saying

Menimbulkan rasa sayang bukan hanya untuk keluarga melainkan juga untuk semua. Rasa sayang sendiri mampu merendam datangnya fitnah. Hal ini dikarenakan rasa sayang yang besar sehingga tidak akan ada yang mencela anda begitu pula sebaliknya.

Rasa sayang terhdap sesama dapat dipupuk dengan melakukan tindakan-tindakan yang baik. Ketika anda baik kepada orang tentu balasan yang anda dapatkan juga baik dan begitu pula sebaliknya ketika anda berbuat buruk pada orang lain, maka keburukan jugalah yang akan anda dapatkan.

7. Jangan terlalu banyak berbicara

Ada banyak sekali cara menghindari fitnah dimana salah satunya adalah dengan menghindari sifat gemar berbicara. Berbicaralah seperlunya saja dengan perkataan yang jujur dan tidak dibuat-buat. Sikap terlalu banyak bicara membuat anda mudah mengumbar rahasia orang yang dia percayakan pada anda. Hal ini dapat berdampak buruk terutama jika orang tersebut tidak terima dan mulai memfitnah anda balik. Buatlah orang lain percaya pada anda dengan tetap menjaga rahasia mereka dengan baik.

8. Hindari tempat yang banyak digunakan untuk bergosip

Salah satu langkah tepat untuk menghindari fitnah adalah dengan menghindari area atau sumber fitnah itu sendiri. Ketika banyak orang berkumpul untuk membicarakan seseorang sebaiknya anda menyingkir dari tempat tersebut. Menggabungkan diri tidak membawa manfaat apa-apa bagi anda dan malah sebaliknya. Ketika terpaksa anda berada di tengah-tengah mereka, akan lebih baik jika anda diam dan tidak ikut dalam pembicaraan mereka.

9. Lakukan introspeksi diri

Melakukan introspeksi diri merupakan hal yang cukup sulit dilakukan terutama jika anda merupakan tipe orang yang egois dan mau menang sendiri. Tidak ada manusia yang sempurna merupakan hal yang perlu disadari oleh semua orang. Bukan hanya orang lain yang dapat melakukan kesalahan, namun anda juga bisa melakukannya. Mengintrospeksi diri sehingga dapat memperbaiki diri dapat menghindarkan anda dari fitnah. Mulailah berperilaku yang baik dan jauhkan sifat buruk dari diri dalam diri anda.

10. Berpikir positif

Memiliki pikiran yang positif merupakan cara baik untuk menghindari fitnah. Anda dapat menyibukkan diri dengan beragam pikiran yang baik. Hindari memikirkan beragam hal yang tidak berguna yang dapat memenuhi kepala anda dengan bentuk-bentuk negatif. Cari kegiatan yang positif dan mulailah berkarya sehingga tidak ada celah bagi pikiran jahat untuk masuk kedalam kepala anda.

Hal-hal diatas dapat anda lakukan untuk menghindari datangnya fitnah. Namun yang paling penting adalah dengan menjaga diri dari lingkungan buruk penyebar fitnah. Hal yang perlu diingat adalah ketika anda tidak ingin difitnah orang tentu anda juga tidak boleh memfitnah orang terlebih dahulu.

Kesimpulan


             Akhir sekali, hal sebegini tidak seharusnya dibiarkan terus menular dan berlaku khususnya dikalangan masyarakat majmuk Negara ini yang terdiri daripada berbilang bangsa, kaum, agama dan bahasa.  Lebih-lebih lagi, melaui dasar  1Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang menyatakan bahawa “1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”.  Oleh itu, melalui pendekatan ini, ianya akan mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, kearah mencapai kemajuan dan pembangunana yang lebih tinggi bagi rakyat dan Negara Malaysia.

No comments:

Post a Comment